Sunday, 2 November 2014

Tulisan Jepun: Katakana


Entri sebelum ini saya ada menyentuh berkaitan dengan tulisan hiragana. Ok, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan tulisan katakana.

Tulisan katakana ini sama sahaja jumlah hurufnya dan gaya sebutannya dengan Hiragana. Cuma tulisannya saja yang berbeza. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah hafal dan berlatih menulis huruf-hurufnya. Mari kita lihat senarai huruf katakana di bawah.


GAMBAR KATAKANA



Katakana tulisannya lebih 'tajam' dan 'keras' berbanding Hiragana. Namun sama seperti Hiragana, Katakana juga ada huruf-huruf terbitannya  juga seperti di bawah.


HURUF TERBITAN KATAKANA

Mengikut pengalaman saya, tulisan Katakana ini sedikit susah untuk dihafal kerana kekeliruan yang pasti ujud di antara kedua2 tulisan Hiragana dan Katakana. Nasihat saya, sila hafal Hiragana terlebih dahulu, kemudian baru Katakana. Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk mengingati kesemua huruf Katakana ini tetapi dengan slogan tiada yang senang tanpa usaha akhirnya saya berjaya juga.

Kalau saya boleh anda pun BOLEH!!

ok, jumpa lagi dalam topik entri yang lain

No comments:

Post a Comment