Sunday, 2 November 2014

Tulisan Jepun: Katakana


Entri sebelum ini saya ada menyentuh berkaitan dengan tulisan hiragana. Ok, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan tulisan katakana.

Tulisan katakana ini sama sahaja jumlah hurufnya dan gaya sebutannya dengan Hiragana. Cuma tulisannya saja yang berbeza. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah hafal dan berlatih menulis huruf-hurufnya. Mari kita lihat senarai huruf katakana di bawah.


GAMBAR KATAKANA



Katakana tulisannya lebih 'tajam' dan 'keras' berbanding Hiragana. Namun sama seperti Hiragana, Katakana juga ada huruf-huruf terbitannya  juga seperti di bawah.


HURUF TERBITAN KATAKANA

Mengikut pengalaman saya, tulisan Katakana ini sedikit susah untuk dihafal kerana kekeliruan yang pasti ujud di antara kedua2 tulisan Hiragana dan Katakana. Nasihat saya, sila hafal Hiragana terlebih dahulu, kemudian baru Katakana. Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk mengingati kesemua huruf Katakana ini tetapi dengan slogan tiada yang senang tanpa usaha akhirnya saya berjaya juga.

Kalau saya boleh anda pun BOLEH!!

ok, jumpa lagi dalam topik entri yang lain

Saturday, 1 November 2014

Kenapa saya suka bahasa Jepun?


Ini satu persoalan yang memang saya akan jawab dengan penuh bersemangat. Ada 5 sebab yang paling utama kenapa saya suka belajar bahasa Jepun dan sebab-sebabnya ialah:


1. Bahasa Jepun adalah bahasa yang mudah dan ia hampir sama dengan bahasa Malaysia. Eh, sama dengan bahasa Malaysia ke?? Ya, ia sama dengan bahasa Malaysia dari segi membunyikan perkataannya. Bahasa Jepun tidak akan dapat dibunyikan (pronounce) jika tiada huruf vowel (a,e,i,o,u) selepas huruf konsonan.


2. Bahasa Jepun boleh diajar kepada bangsa lain dengan menggunakan kaedah pembelajaran rumanji. Kaedah pembelajaran romanji ini menggunakan huruf-huruf roman dari A hingga Z untuk memudahkan bangsa lain menyebut perkataan dalam bahasa Jepun. Kaedah ini amat praktikal kepada mereka-mereka yang ingin berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Kaedah ini juga digunakan sebagai express courses atau crash courses kepada pekerja-pekerja syarikat yang akan dihantar bekerja ke negara Jepun.


3. Peluang pekerjaan untuk yang tahu berbahasa Jepun adalah tinggi dan ia diberi keutamaan oleh syarikat dari segi kenaikan pangkat, gaji, menyambung pelajaran dan faedah-faedah yang lain.

Saya ada cerita mengenai rakan saya semasa kami belajar sama-sama di universiti dahulu. Saya dan beliau pernah mengambil kursus bahasa Jepun bersama-sama untuk beberapa semester. Kami selalu belajar bersama-sama termasuklah belajar bahasa Jepun.

Setiap tahun pihak universiti akan mengajakan karnival kerjaya. Dan sudah menjadi lumrah, syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam karnival kerjaya adalah dari syarikat yang berstatus antarabangsa. ok untuk dijadikan cerita, pada semester terakhir, rakan saya ini telah menghadiri temuduga di karnival kerjaya yang telah diadakan oleh pihak universiti. Di antara banyak-banyak sijil (sijil aktiviti dan result semester yang cukup-cukup makan) hanya satu sijil sahaja yang ditanya iaitu Sijil Bahasa Jepun (Japanese Language Course).


Rakan saya ini pun tak tunggu lama, terus je dia perkenalkan dirinya dalam bahasa Jepun. Perbualan menjadi rancak kerana penemuduga juga sebenarnya adalah orang Jepun yang ditugaskan di Malaysia. Akhirnya dipendekkan cerita, rakan saya itu ditawarkan bekerja di syarikat Jepun tersebut sebagai pengurus operasi dan bukan sebagai engineer seperti yang dia pohon.


4. Setiap kali saya hantar resume saya untuk mohon pekerjaan, pasti saya dipanggil untuk ditermuduga. Dan kebanyakan penemuduga tersebut akan bertanyakan 'Anda boleh berbahasa Jepun?'..Dan biasanya diakhir sesi temuduga tersebut saya pasti ditawarkan bekerja dengan gaji yang agak lumayan.


5. Terus terang saya katakan, dari kecil lagi saya suka sangat cerita kartun @ anime dari negara matahari terbit ini. Kartu yang pertama saya tengok dan ingat sampai sekarang ialah kartu DragonBall. Sejak dari itu, saya memang berazam nak belajar bahasa Jepun sebab saya boleh tengok anime atau drama-drama bersiri dari negara Jepun yang pada saya sangat menarik.


Baiklah, saya rasa sampai disini je lah celoteh saya..Saya nak pegi sambung tengok drama Jepun yang kelakar ni


Ok jumpa lagi (Dewa mata)
FB BahasaJepunMudah