Thursday, 30 October 2014

Tulisan Bahasa Jepun: HIRAGANA


Hai semua.

Seperti yang saya katakan pada entri yang lepas berkaitan dengan tulisan yang ada di dalam bahasa Jepun.

Ok, pada kali ini saya ingin menyentuh tentang tulisan Hiragana. Tulisan Hiragana ini merupakan tulisan utama di dalam bahasa Jepun. Kalau anda mengambil kursus bahasa Jepun pun, tulisan pertama yang akan anda jumpa iailah tulisan hiragana.

Contoh tulisan Hiragana dalam bahasa Jepun:



Tulisana hiragana adalah tulisan yang paling mudah dan paling asas di Jepun. Ia mempunyai 46 huruf asas dan perlu dihafal semuanya jika anda ingin menguasai bahasa Jepun. Nampak macam susah bukan tetapi sebenarnya untuk menghafalnya tidaklah sesukar mana pun..cuma mungkin ada diantara anda yang akan terbawa-bawa ke dalam tidur huruf-huruf hiragana ini semasa di dalam tempoh penghafalan.

Selain 46 huruf tersebut terdapat juga huruf-huruf terbitan dari 46 huruf asas tadi untuk membentuk bunyi dan ejaan yang lain. Anda jangan terkejut, jumlah huruf terbitan tersebut adalah sebanyak 58 huruf. Seperti yang saya katakan tadi, semuanya menjadi mudah jika anda menghafal 46 huruf asas hiragana tersebut. Kalau boleh, biarlah anda menghafal sampai mengigau pun tak apa dan selepas itu semuanya menjadi lancar dalam bahasa Jepun.

So lepas ni saya akan sentuh pula berkaitan dengan tulisan katakana dan kanji.

Amacam ada berani untuk teruskan membaca!!

Kalau berani...kita jumpa pada entri yang lain.

OK see you!!

Wednesday, 29 October 2014

Tulisan Jepun yang perlu anda tahu


Hai,

Apa kabar semua? Saya harap anda berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Baiklah, pada entri kali ini saya ingin menyentuh berkaitan dengan tulisan dalam bahasa Jepun.
Semua bangsa yang mempunyai bahasa sendiri pasti mempunyai gaya tulisannya yang tersendiri juga.

Sama juga dengan bangsa Jepun. Mereka mempunyai tulisan yang unik dan berusia beribu tahun seiring perkembangan tamadun China (kata guru bahasa jepun saya lah).



Jika anda perhatikan betul-betul, bahasa Jepun terbahagi secara amnya kepada 3 jenis tulisan.

1. Hiragana 
2. Katakana
3. Kanji

Ketiga-tiga tulisan ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza seperti di bawah:

1. Hiragana - tulisan asas Bahasa Jepun
2. Katakana - digunakan untuk menulis perkataan atau frasa2 pinjaman yang bukan berasal daripada bahasa Jepun turun temurun, contohnya perkataan dari Bahasa Inggerisyang tiada di dalam bahasa Jepun.
3. Kanji - diambil/adaptasi daripada tulisan China untuk mewakili makna suku kata dan perkataan2 , seterusnya memudahkan pembacaan

Di dalam bahasa Jepun, ketiga2 tulisan ini digunakan serentak bercampur2 mengikut kesesuaian fungsi tulisan terhadap apa yang ingin disampaikan. Dengan adanya perbezaan pada ciri2 tulisan ini, ianya akan membantu kita membaca Bahasa Jepun dengan lebih mudah.

Ok, sampai di sini saja pengenalan tentang tulisan jepun ini. Saya akan huraikan dengan lebih lanjut di dalam entri-entri yang lain.

Jangan putus asa mempelajari benda baru..Oh ya, saya juga telah membuat FB Fanpage Bahasa Jepun Mudah. Di sana saya banyak berkongsi cara belajar bahasa Jepun dalam bentuk grafik. Jumpa di saya ya..

Sampai jumpa lagi

Tuesday, 28 October 2014

Pengenalan Kepada Dunia Blog - Jom Bahasa Jepun Mudah


Hai

Hari ini adalah hari yang bersejarah kerana saya terbuka hati nak buat blog. Walaupun saya selalu membaca blog orang lain tetapi tidaklah sampai nak buat blog sendiri. Maklumlah saya bukan jenis yang suka menulis menggunakan komputer walaupun ada laptop sendiri. Yang saya tahu, surf...surf...surf...apa saja yang ada kat internet.

Setelah sekian lama berfikir, akhirnya saya pun mengambil keputusan hendak buat blog sendiri...tapiii...buat blog macam yang mana ek? Apa yang saya nak share dengan orang lain?

Fikir punya fikir, akhirnya lebih bain saya buat blog yang agak santai (simple) dan saya share apa yang pernah saya belajar di universiti dahulu iaitu belajar bahasa Jepun.

Baiklah untuk entri yang pertama ini saya tak nak tulis panjang-panjang.
Lagi pun saya kan dah kata saya nak buat blog saya ini se'simple' yang boleh.

Ok Jumpa Lagi